top of page

Polisi Data Peribadi

 

Pada: 7 Oktober 2020

 

Dokumen ini (“Polisi Data Peribadi”) bertujuan untuk memaklumkan anda bagaimana Genting Dementia Centre Sdn Bhd (No. Pendaftaran Syarikat 201801044713) (“kami”) mengendalikan Data Peribadi (seperti ditakrifkan di bawah), yang tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi  Malaysia Akta 2010 (Akta 709), seperti yang dipinda atau digubal semula dari semasa ke semasa (“Akta”).

 

Sila baca Polisi Data Peribadi ini supaya anda mengetahui dan memahami tujuan dan cara kami mengumpul, menggunakan, memproses, berkongsi, mendedahkan dan menyimpan Data Peribadi anda.

 

Dengan mengakses laman web kami dan apabila anda berurusan dengan kami, menyerahkan maklumat kepada kami, atau mendaftar untuk sebarang perkhidmatan yang kami tawarkan, anda bersetuju dan memberi kebenaran kepada kami, serta wakil dan/atau ejen kami untuk mengumpul, menggunakan, memproses, menyimpan, mendedahkan dan berkongsi Data Peribadi anda, serta mendedahkan Data Peribadi tersebut kepada pihak ketiga yang relevan mengikut keadaan yang dinyatakan di dalam Polisi Data Peribadi ini.

 

1. Data Peribadi

 

1.1 Dalam Polisi Data Peribadi ini, “Data Peribadi” merujuk pada sebarang data, berkenaan seseorang individu yang boleh dikenal pasti (a) daripada informasi tersebut; atau (b) daripada informasi dan maklumat lain yang kami miliki.

1.2 Contoh Data Peribadi adalah seperti berikut : nama anda, tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pasport atau pengenalan diri yang lain, nombor telefon, alamat surat- menyurat, alamat e-mel dan maklumat kesihatan peribadi.

1.3 Jika anda memberikan Data Peribadi orang lain selain daripada diri sendiri, sila pastikan anda mempunyai persetujuan mereka untuk memberikan kami Data Peribadi mereka dan mereka memahami bagaimana kami mengumpul, menggunakan, memproses, kongsi, mendedahkan dan menyimpan Data Peribadi seperti yang dinyatakan di dalam Polisi Data Peribadi ini.

1.4 Walaupun kita cuba untuk menyediakan maklumat yang semunasabahnya mencukupi mengenai dasar kami yang berkaitan dengan Data Peribadi, Polisi Data Peribadi ini bukanlah satu senarai lengkap semua situasi atau scenario mengenai Data Peribadi. Sila menghubungi kami jika anda memerlukan penjelasan mengenai situasi tertentu

 

2. Pengumpulan Data Peribadi

 

​2.1 Secara am, kami mengumpul Data Peribadi secara berikut:

 

a) apabila anda menyerahkan sebarang borang yang termasuk tetapi tidak terhad pada borang permohonan, borang penilaian kewangan atau borang lain yang berkaitan dengan mana mana perkhidmatan kami;

b) apabila anda mengemukakan informasi untuk penilaian perubatan dan/atau penilaian kewangan megenai permohonan anda untuk perkhidmatan kami;

c) apabila anda menandatangani apa-apa perjanjian dengan kami atau mengemukan dokumen atau informasi, semasa anda berinteraksi dengan kami atau semasa anda menggunakan perkhidmatan kami;

 

d) apabila anda berinteraksi dengan kakitangan kami, termasuk mereka yang berada di Dementia Care Centre (“DCC”), atau ketika anda berinteraksi atau berhubung dengan kami melalui panggilan telefon (yang mungkin dirakamkan), surat, faks, perjumpaan secara bersemuka, mesej berteks, melalui media sosial dan e-mel;

 

e) apabila anda berinteraksi dengan kami melalui laman sesawang kami atau menggunakan perkhidmatan dalam laman sesawang kami;

 

f) apabila anda memohon agar kami menghubungi anda atau dimasukkan dalam senarai e-mel ataupun jenis mel lain;

 

g) apabila anda mendaftar untuk sebarang aktiviti di DCC, inisiatif atau latihan, atau apabila anda respons pada permohonan untuk Data Peribadi tambahan;

 

h) apabila imej anda dirakam menggunakan kamera litar tertutup semasa anda berada dalam premis kami atau melalui gambar atau video yang dirakam oleh kami atau wakil kami jika anda menhadiri majlis atau activity kami;

 

i) apabila menyerahkan Data Peribadi kepada kami bagi lain-lain tujuan.

 

​2.2 Anda perlu memastikan bahawa semua Data Peribadi yang diserahkan kepada kami adalah lengkap, tepat, benar dan betul. Kegagalan daripada pihak anda untuk berbuat demikian mungkin menyebabkan kami tidak dapat memberikan perkhidmatan yang anda pohon, atau meyebabkan kelewatan untuk memberikan perkhidmatan yang anda pohon, atau lewat bertindak balas kepada pertanyaan anda atau lewat memproses permohonan anda.

 

2.3 Kami tidak akan sengaja mengumpul atau mendapatkan Data Peribadi daripada individu di bawah umur lapan belas (18) tahun tanpa medapatkan kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga yang disahkan. Jika anda berumur bawah 18 tahun, anda tidak sepatutnya menyalurkan Data Peribadi kepada kami.

 

3. Tujuan Mengumpul, Penggunaan dan Pendedahan Data Peribadi Anda

 

​3.1 Secara am, kami mengumpul, mengguna dan mendedahkan Data Peribadi anda untuk tujuan berikut:

 

a) mengkaji maklumat perubatan, kewangan dan informasi lain yang berkaitan untuk menilai permohonan untuk perkhidmatan kami;

b) menilai dan memantau keadaan perubatan dan status individu yang          mengalami demensia yang menggunakan perkhidmatan kami di DCC;

c) memberi respons, memproses dan mengendalikan pertanyaan, maklum balas, aduan dan permintaan ;

 

d) mengesahkan identiti anda dan identity bakal pengguna atau pengguna perkhidmatan kami dan ahli keluarga atau penjaga sah mereka;

 

e) menguruskan dan merancang pentadbiran serta operasi DCC dan mematuhi polisi dan prosedur dalaman;

 

f) memohon maklum balas atau penyertaan dalam kaji selidik dan/atau penyelidikan, serta menjalankan penyelidikan pasaran dan/atau analisis untuk statistik, profiling atau tujuan lain bagi menyediakan perkhidmatan kami, memahami tingkah laku pelanggan, kesukaan dan aliran pasaran semasa, serta meneliti, membangunan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kami;

 

g) mereka program latihan untuk kesedaran demensia, penjagaan demensia dan perkaralain yang berkaitan;

 

h) memadankan dan mengemaskini sebarang Data Peribadi yang kami sedia ada yang diberkaitan dengan pengguna atau bakal pengguna perkhidmatan kami dan ahli keluarga atau penjaga sah mereka; ;

 

i) mencegah, mengesan dan menyiasat jenayah dan menganalisis dan mengurus risiko komersial;

 

j) menguruskan keselamatan dan sekuriti premis serta perkhidmatan kami (termasuk tetapi tidak terhad pada pengawasan menggunakan kamera litar tertutup serta menjalankan perintah perlepasan keselamatan);

 

k) memantau atau merakam panggilan telefon dan interaksi bersemuka dengan pelanggan untuk jaminan kualiti, latihan kakitangan dan penilaian prestasi serta tujuan pengesahan identiti;

 

l) berkaitan dengan sebarang tuntutan, tindakan atau prosiding (termasuk tetapi tidak terhad pada penyediaan draf dan semakan dokumen, transaksi dokumentasi, mendapatkan nasihat undang-undang, dan membantu memperoleh penyelesaian bagi sebarang pertikaian), dan/atau melindungi dan menguatkuasakan hak kontraktual dan undang-undang serta kewajipan kami;

 

m) menjalankan sebarang bentuk penyiasatan yang termasuk tetapi tidak terhad pada perkara berkaitan pertikaian, pembayaran, penipuan, kesalahan, pendakwaan dan lain-lain;

 

n) memenuhi atau mematuhi mana-mana peraturan, undang-undang, peraturan, kod amalan atau garis panduan yang dikeluarkan oleh mana-mana badan perundangan atau pihak berkuasa yang mengikatkan kami dan syarikat induk Genting Berhad dan anak anak syarikatnya ( secara kolektif “Kumpulan”) (termasuk tetapi tidak terhad pada maklumbalas terhadap aduan daripada pihak berkuasa, mendedahan maklumat kepada pihak berkuasa dan menjalankan pemeriksaan audit, atas ushaa yang wajar dan penyiasatan);

 

o) promosi pemasaran tentang kemudahan kami, perkhidmatan, aktiviti dan program kami; dan/atau

 

p) atas tujuan yang wajar berkaitan perkara seperti dinyatakan di atas.

 

3.2 Sebagai tambahan, kami mengumpul, menggunakan dan mendedahkan Data Peribadi anda untuk tujuan berikut bergantung pada jenis hubungan        dengan kami:

 

a)Jika anda adalah bakal penguna, pengguna semasa atau bekas pengguna servis di DCC:

 

i) menyediakan perkhidmatan dan sokongan pelanggan (termasuk tetapi tidak terhad pada pengurusan perhubungan pelanggan, memproseskan kemasukan anda, memproses dan penyelesaian pembayaran dan  membuat panggilan susulan, dan memberikan anda sokongan pentadbiran);

 

ii) mentadbir dan memproses permintaan anda termasuk membuat dan mengemas kini profil pengguna perkhidmatan kami dalam sistem pangkalan data untuk tujuan pentadbiran;

 

iii) memberi  pengalaman peribadi di tempat anda berhubung dengan DCC dan menjalankan penyelidikan pasaran, memahami dan menganalisis kelakuan pelanggan, lokasi, kesukaan dan demografi untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kami;

 

iv) berhubung dengan doctor pakar pihak ketiga (jika perlu) dan menghubungi klinik, hospital dan/atau institusi perubatan jika berlaku kecemasan (termasuk menyediakan akses bagi rekod perubatan anda);

 

v) pentadbiran untuk mendapatkan pembayaran hutang serta sebarang pengurusan hutang; dan/atau

 

vi) atas tujuan yang wajar berkaitan perkara seperti dinyatakan di atas.

 

b) Sekiranya anda dinamakan sebagai penjaga atau waris kepada pengguna DCC:

 

i) memaklumkan atau membincangkan keadaan/perkembangan perubatan, fungsi kognitif dan tingkah laku pengguna;

 

ii) menghubungi anda mengenai aktiviti dan program di DCC;

 

iii) menghubungi anda untuk perkara yang berkaitan dengan pengguna kami di DCC; dan/atau

 

iv) atas tujuan yang wajar berkaitan perkara seperti yang diyatakan di atas.

3.3 Selanjutnya, dimana dibenarkan di bawah Akta, kami mungkin mengumpul, mengguna dan mendedahkan Data Peribadi anda untuk "Tujuan Tambahan" seperti berikut:

 

​a) mengambil atau merakam gambar dan video untuk publisiti korporat atau tujuan pemasaran, dan memaparkan gambar anda dan/atau testimoni anda dalam artikel kami, program penyelidikan dan bahan publisiti;

 

b) menyediakan atau memberi perkhidmatan serta manfaat kepada pengguna, bakal pengguna serta keluarga dan penjaga sah mereka, termasuk mempromosikan aktiviti dan program di DCC;

 

c) menganjurkan  kempen bergerak, latihan, kempen (termasuk ceramah kesihatan, pemeriksaan kesihatan atau kesedaran demensia atau program dan kempen mengenai demensia) dan lain-lain program atau aktiviti yang berkenaan;

 

d) memadankan Data Peribadi dengan data lain yang dikumpulkan untuk tujuan lain dan dari sumber lain (termasuk pihak ketiga) berkaitan dengan penyelidikan, penyerahan kepada badan berkuatkuasa, penerbitan dan/atau peruntukan atau penawaran perkhidmatan;

 

e) menghantar keterangan perkhidmatan kepada anda, perkembangan klinik, maklumat berkaitan kesihatan, sama ada kepada pengguna kami atau bakal pengguna kami secara amnya, atau berdasarkan perkara yang kami kenal pasti mungkin menarik minat anda;

 

f) menjalankan penyelidikan pasaran, mengumpulkan dan menganalisis profil pengguna, lokasi, kesukaan, demografi dan data untuk menentukan corak dan trend berkaitan kesihatan, dan untuk penyelidikan, penerbitan, pemfailan kepada badan penguatkuasa;

 

g) memahami dan menganalisis tingkah laku orang yang mempunyai demensia dan juga penjaga mereka untuk penyelidikan, penerbitan, pemfailan kepada penguatkuasa, mereka program latihan dan untuk kami menawarkan produk dan perkhidmatan lain yang berkaitan dengan anda; dan/atau

 

h) atas tujuan yang wajar berkaitan perkara seperti yang dinyatakan di atas.

 

4. Pendedahan Data Peribadi

 

4.1 Kami akan mengambil langkah sewajarnya untuk melindungi Data Peribadi anda terhadap pendedahan yang tidak dibenarkan. Tertakluk pada peruntukan mana- mana undang-undang yang berkenaan, Data Peribadi anda mungkin didedahkan, untuk tujuan yang disenaraikan di atas (mana yang berkenaan), kepada entiti atau pihak berikut, sama ada mereka berada di luar negara atau di Malaysia:

 

a) dalam kalangan ahli dan gabungan Kumpulan  (termasuk kakitangan mereka);

 

b) kakitangan dan pelajar di Universiti Malaya yang berkoleborasi dengan kami untuk operasi di DCC atau mereka yang terlibat dengan penyelidikan mengenai demensia atau penjagaan demensia;

 

c) doctor pihak ketiga, klinik, hospital dan/atau institusi perubatan;

 

d) syarikat yang menawarkan perkhidmatan berkaitan insurans kepada Kumpulan    kami;

 

e) agen, kontraktor, subkontractor, penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang menawarkan perkhidmatan kepada DCC, ontohnya  perkhidmatan kiriman,telekomunikasi, teknologi maklumat, pembayaran, percetakan, bil, mendapatkan pembayaran hutang, pemprosesan, perkhidmatan teknikal, pengangkutan, latihan, penyelidikan pasaran, keselamatan, atau lain-lain perkhidmatan kepada Kumpulan;

 

f) kakitangan TauRx Pharmaceuticals Limited dan anak syarikatnya yang berkaitan dengan penyelidikan dalam Penyakit Alzheimer;

 

g) syarikat kad kredit, institusi kewangan dan penyedia perkhidmatan masing-masing;

 

h) penasihat profesional kami seperti perunding, juruaudit dan peguam;

 

i) kementerian kerajaan yang relevan, pihak pengawal selia, lembaga berkanun atau pihak berkuasa atau agensi penguatkuasaan undang-undang untuk mematuhi sebarang undang-undang, peraturan, garis panduan dan peraturan atau skim yang dikenakan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan; dan / atau

 

j) mana-mana pihak lain yang anda benarkan untuk kami dedahkan Data Peribadi anda.

 

5. Keselamatan Data Peribadi

 

5.1 Kami menggunakan usaha kormersial yang munasabah untuk melindungi Data Peribadi daripada kehilangan atau kecurian, serta akses tanpa kebenaran, pendedahan, salinan, penggunaan atau pengubahan.

 

5.2 Kami menggunakan pelbagai kaedah untuk melindungi Data Peribadi, termasuklah menggunakan langkah fizikal, alat teknikal dan kawalan organisasi.

 

5.3 Keselamatan dalam talian juga adalah keutamaan. Kami menggabungkan langkah-langkah keselamatan  contohnya  penyulitan dan alat pengesaha ketulenan untuk melindungi Data Peribadi anda daripada penggunaan yang tidak dibenarkan. ‘Firewall’  digunakan untuk melindungi pelayan dan rangkaian kami daripada akses penguna yang tidak dibenarkan dan mengubah fail serta maklumat lain dalam simpanan kami.

 

5.4Kami tidak dapat memberi jaminan bahawa kehilangan, salah guna atau pengubahan data tidak akan berlaku namun kami berusaha secara wajar untuk menghalang perkara tersebut daripada berlaku.

 

 

6. Penyimpanan Data Peribadi

 

6.1 Kami mengekalkan Data Peribadi yang disediakan atau diberikan kepada kami seperti yang diperlukan untuk tujuan perniagaan atau undang-undang dan tujuan tersebut berubah mengikut keadaan.

 

6.2       Kami akan melupuskan dengan selamat atau secara tanpa nama Data Peribadi yang ditentukan dengan sewajarnya tidak lagi diperlukan dan tidak secara umum berpegang Data Peribadi berdasarkan "sekiranya diperlukan". Namun adalah demi kepentingan pengguna yang menggunakan perkhidmatan kami untuk memastikan penjaga kami dapat merujuk kepada set lengkap rekod perubatan untuk mengelakkan risiko kesihatan dan keselamatan pengguna.

 

6.3       Oleh yang demikian, bagi rekod perubatan pengguna perkhidmatan kami, melainkan jika arahan khusus diterima daripada orang tersebut, kami mungkin (tetapi tidak diwajibkan) menyimpan rekod perubatan itu selagi kamiberkemungkinan dirujuk oleh ahli keluarga atau pun doktor pengguna walaupun rundingan mungkin tidak berlaku sehingga selepas sesuatu masa.

 

7. Cookies

 

7.1 Apabila anda berinteraksi dengan kami di laman web kami, kami atau pembekal perkhidmatan yang diberi kuasa kami mungkin menggunakan cookies untuk mengumpul dan menyimpan maklumat bagi membantu menyediakan anda dengan, pengalaman web yang lebih baik, lebih cepat dan lebih selamat.

 

7.2 Maklumat yang dikumpul oleh kami atau pembekal perkhidmatan yang diberi kuasa kami boleh mengiktiraf pengunjung kembali sebagai pelawat unik dan boleh mengumpul maklumat seperti : bagaimana pengunjung tiba di laman web kami, apa jenis pelayar pengunjung dihidupkan, apa system operasi pengunjung menggunakan, alamat IP pelawat dan cop pelawat maklumat klik aliran dan masa (contohnya, halaman mana mereka telah dilihat, masa halaman yang diakses dan masa yang digunakan setiap halaman web.

 

7.3 Cookies adalah fail teks kecil (biasanya terdiri daripada huruf dan nombor) yang disimpan dalam ingatan pelayar atau peranti anda apabila anda melawat laman web. Cookies membenarkan laman web untuk mengiktiraf peranti atau penyemak imbas tertentu.

 

7.4 Penggunaan cookies, oleh kami di laman web kami adalah perlu untunk fungsi perkhidmatan kami, membantu kami meningkatkan prestasi kami, atau berkhidmat untuk menyediakan anda dengan fungsi tambahan. Mereka juga boleh digunakan untuk menyampaikan kandungan yang lebih releven kepada anda dan minat anda, atau untuk pengiklanan sasaran untuk anda.

 

7.5 Sekiranya anda ingin menyahaktifkan cookie yang berkaitan dengan teknologi ini, anda boleh berbuat demikian dengan menukar tetapan pada pelayar anda. Walau bagaimanapun, jika anda menolak cookies, anda mungkin tidak dapat untunk mengambil kesemptan daripada cirri cirri laman web tertentu atau alat perkhidmatan

 

8. Hubungi Kami - Penarikan Balik Kebenaran, Akses dan Pembetulan Data Peribadi Anda

 

8.1 Kami mempunyai prosedur untuk menerima dan memberi maklum balas terhadap pertanyaan mengenai polisi dan amalan kami yang berkaitan dengan pengendalian Data Peribadi. Sebarang aduan atau pertanyaan perlu dibuat secara bertulis dan dihantar  kepada alamat seperti yang di bawah. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau soalan mengenai Polisi Data Peribadi ini atau amalan pengumpulan data yang dinyatakan di sini, sila hubungi kami seperti berikut:

 

a) melalui e-mel: pdpaoffice@gentingdcc.com

b) melalui surat: Pengurus, Dementia Care Centre, Lot 34810 dan Lot 43096, Persiaran Arfah, Segambut, 51200 Kuala Lumpur

 

Anda boleh meminta untuk meminda atau kemas kini Data Peribadi anda yang dipegang oleh kami dengan menghantar e-mel kepada kami di alamat di atas. Kami akan cuba memberikan anda cara yang sesuai untuk mengakses data peribadi anda (contohnya melalui e-mel atau pos kepada anda). Anda juga boleh meminta kami membetulkan atau mengemas kini Data Peribadi anda dengan menghubungi kami di alamat di atas. Kami berhak untuk mengesahkan semua permintaan untuk menentukan ketulenan permintaan itu.
 

8.2 Anda diingatkan agar tidak menghantar maklumat sensitif melalui seperti kata kunci, maklumat kad kredit dan lain-lain tanpa melakukan penyulitan terlebih dahulu (contohnya melalui e-mel).

 

8.3 Sila ambil perhatian bahawa jika Data Peribadi anda telah diberikan kepada kami oleh pihak ketiga (contohnya pengamal perubatan), anda harus menghubungi organisasi atau individu tersebut untuk membuat sebarang pertanyaan, aduan, dan permintaan untuk akses serta pembetulan.

 

8.4 Sekiranya anda menarik balik kebenaran bagi mana-mana atau semua penggunaan Data Peribadi anda, bergantung kepada jenis permintaan anda, kami mungkin berada dalam kedudukan untuk terus menyediakan Perkhidmatanya kami kepada anda, atau mentadbir sebarang perhubungan kontrak yang dimeterai, yang mungkin menyebabkan sebarang perjanjian dengan Kumpulan DCC ditamatkan. Hak-hak dan remedi undang-undang Kumpulan DCC bagi keadaan tersebut adalah terperlihara.

 

8.5 Undang-undang Pemerintahan - Polisi Data Peribadi ini akan tertakluk pada undang-undang Malaysia.

 

8.6 Sekiranya terdapat perkara yang tidak konsisten antara versi Bahasa Inggeris dan versi bahasa kebangsaan di dalam Polisi Data Peribadi ini, versi Bahasa Inggeris akandigunakan, setakat percanggahan tersebut.

bottom of page